Pahlawan

Langkah tekad diatur, Dari kata terakhir, Tiada nada ragu, Halaman indah ditinggal, Ibu meratap Hiba, Kekasih pilu sedih, Tak hirau semuanya, Bila tekad telah satu, Badai gelombang dirempuh, Musuh dicabar ditentang.

Pengenalan Intake 129/77

200 calun yang layak dari seramai 6,500 pemohon yang hadir temuduga terbuka TLDM seluruh Malaysia. Mereka telah menggangkat sumpah pada 01hb July 1977 dan memulakan latihan asas ketenteraan pada 04hb July 1977 di Pusat Latihan KD Pelandok Sembawang Wing, Singapore. Perbarisan tamat latihan di Padang Kawad KD Malaya Woodland, Singapore pada 09hb Sept 1977. Seterusnya berkhidmat sebagai Laskar TLDM sehingga pencapaian pangkat tertinggi LLP,
mengikut kepakaran masing-masing. (antaranya ditauliahkan Pegawai TLDM)
dan majoritinya menamatkan perkhidmatan (Bersara 22th) pada TTP : 30hb Jun 1999.

Pendaftaran Bakalhaji

Ahad, 20 Mac 2011

CADANGAN PERJUMPAAN SKOD INTAKE 129/77

ﺍﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﷲ ﻮﺒﺮﻜﺎﺗﻪ

Lumut. Pada 19hb Mar 2011, satu pertemuan sebilangan kecil bekas anggota intake 129/77 telah diadakan di Restoran Chacha Marba Seri Manjung. Kesempatan ini adalah bersempena meraikan majlis walimatulurus anak sahabat kita A. Manan Muhamad di kediamanya No.132 Lot. 785 Persiaran D/B 3/A Desa Bayu. Dalam perjumpaan ringkas tersebut saudara,  Xcoxn Ibrahim Ali dan Saudara Lt(B) Osman Ihsan mencadangkan supaya diadakan satu pertemuan seberapa ramai yang boleh bekas anggota intake 129/77, dan mendapat persetujuan sahabat-sahabat lain yang turut hadir ketika itu. Pertemuan dicadangkan diadakan di Lumut pada 02hb July 2011 tempat belum ditetapkan. Adalah diharapkan niat murni ini mendapat maklumbalas dari semua yang berkenaan dan dapat menyalurkan Alamat/No telefon saudara-saudara semua agar mudah dihubungi.

Dengan ini kami merayu kepada semua anggota intake 129/77 dapat menghubungi saudara-saudara kita seperti berikut :

Zon Utara : Sdr. Mohd Fauzi Bakar (RO/PPP} H/P : 0174678835 / Rashidi Endut H/P : 0164904354
Zon Timor : Sdr. Zulkefli Mohd H/P : 0139151508 /
Sdr. Abiden  Sahari : H/P : 0199877940
Zon Selatan : Sdr. Ali Mohamad H/p : 0167736847 / Sdr. Zainol Jaafar : H/P 0126340396
Zon Tengah : Datuk Mustaffa Mohd (Bob) H/P : 0136670719
Admin HQ Lumut :
email: xnavy129@gmail.com
Sdr. Sham Mansur : h/p. 0195748946
Sdr. Mustaffa Yamin : h/p. 0125129275
Sdr. Osman Ikhsan : h/p. 0135202591/019574830
Sdr. Ibrahim Ali : h/p. 0166653534



Isnin, 10 Januari 2011

RM100 DAFTAR HAJI

 Assalamualaikum, adakah anda berhajat untuk menunaikan fardhu haji?. Sudah berkali-kali tamat kursus haji tapi masih belum terpilih, atau anda tak cukup duit belanja ?. Cuba luangkan beberapa minit untuk melayari web di bawah : http://www.bakalhaji.com/?ref=206   Di BakalHaji.Com anda mungkin dapat jalan penyelesaiannya. Perlu  Kunjungi Website saya : http://www.bakalhaji.com/?ref=206  Jumpa anda di Makkatul-Mukarramah dimusim haji tahun hadapan, lnsyaAllah.  Sham Mansur:  http://www.bakalhaji.com/?ref=206   atau Klik aje Bena bakalhaji.com di blog ni.... Terima Kasih.

SALAM TAHUN BARU 2011

Lama juga saya tidak kemaskini blog ni.. kannya ape cuma agak kurang idea aje... lame juga teman tunggu-tunggu sumbangan artikal dari kekawan... puas juga buka/tutup email tapi tak ada yang nyumbang...

Kalau ada update pun bab jemputan kawin anak-anak kekawan kita aje. Rasanya disini masih belum terlambat bagi saya mengucapkan kepada seluruh skod 129/77 serta keluarga, muga-muga kita berubah daripada baik kepada yang lebih baik... Insyaallah...

Khamis, 30 September 2010

Sambutan Hari Raya PBTLDM dan PBTM Parlimen Lumut.

Adalah dengan segala hormatnya menjemput semua ahli sekitar Parlimen Lumut dan mereka yang sudi bagi menjayakan majlis tersebut agar dapat hadir bersama keluarga ke Dewan IKM Lumut pada 02 Oktober 2010 pada Jam 08:45 Pagi, Pakaian Kebangsaan dan Kasual yang bersesuaian.

Rabu, 29 September 2010

Kisah Lalu - Radio Pormen

Masihkah skod ingat pada mula-mula kita diberi penerangan oleh Pegawai berkaitan kepakaran dalam TLDM,
semasa menguji pengetahuan bakal-bakal rekrut beliau telah membuat pertanyaan kepada salah seorang dikalangan kita berkaitan cawangan RP dalam  TLDM, tiba-tiba seorang dari kalangan kita telah bangun dengan bangganya menjawab Radio Pormen..... masihkah skod ingat kawan kita si Jamal ni....

Isnin, 26 Julai 2010

Al-Fatiha

Semuga rohnya ditempatkan Allah swt bersama-sama orang yang soleh dan para syuhadah. Dimaklumkan bahawa RSM Tentera Laut yang pertama PW1GI Mulabak telah kembali kearah matullah pada Jumaat 23hb July 2010 dan selamat dimakamkan selepas waktu asar hari yang sama.