Pahlawan

Langkah tekad diatur, Dari kata terakhir, Tiada nada ragu, Halaman indah ditinggal, Ibu meratap Hiba, Kekasih pilu sedih, Tak hirau semuanya, Bila tekad telah satu, Badai gelombang dirempuh, Musuh dicabar ditentang.

Pengenalan Intake 129/77

200 calun yang layak dari seramai 6,500 pemohon yang hadir temuduga terbuka TLDM seluruh Malaysia. Mereka telah menggangkat sumpah pada 01hb July 1977 dan memulakan latihan asas ketenteraan pada 04hb July 1977 di Pusat Latihan KD Pelandok Sembawang Wing, Singapore. Perbarisan tamat latihan di Padang Kawad KD Malaya Woodland, Singapore pada 09hb Sept 1977. Seterusnya berkhidmat sebagai Laskar TLDM sehingga pencapaian pangkat tertinggi LLP,
mengikut kepakaran masing-masing. (antaranya ditauliahkan Pegawai TLDM)
dan majoritinya menamatkan perkhidmatan (Bersara 22th) pada TTP : 30hb Jun 1999.

Pendaftaran Bakalhaji

Khamis, 30 September 2010

Sambutan Hari Raya PBTLDM dan PBTM Parlimen Lumut.

Adalah dengan segala hormatnya menjemput semua ahli sekitar Parlimen Lumut dan mereka yang sudi bagi menjayakan majlis tersebut agar dapat hadir bersama keluarga ke Dewan IKM Lumut pada 02 Oktober 2010 pada Jam 08:45 Pagi, Pakaian Kebangsaan dan Kasual yang bersesuaian.

Rabu, 29 September 2010

Kisah Lalu - Radio Pormen

Masihkah skod ingat pada mula-mula kita diberi penerangan oleh Pegawai berkaitan kepakaran dalam TLDM,
semasa menguji pengetahuan bakal-bakal rekrut beliau telah membuat pertanyaan kepada salah seorang dikalangan kita berkaitan cawangan RP dalam  TLDM, tiba-tiba seorang dari kalangan kita telah bangun dengan bangganya menjawab Radio Pormen..... masihkah skod ingat kawan kita si Jamal ni....

Isnin, 26 Julai 2010

Al-Fatiha

Semuga rohnya ditempatkan Allah swt bersama-sama orang yang soleh dan para syuhadah. Dimaklumkan bahawa RSM Tentera Laut yang pertama PW1GI Mulabak telah kembali kearah matullah pada Jumaat 23hb July 2010 dan selamat dimakamkan selepas waktu asar hari yang sama.

Khamis, 1 April 2010

Inilah dia rahsia 13 rukun Solat


Oleh : Zamri Keciks
Assalamua'laikum wr wb......... ...
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

"Bangsa" Atau "Agama"..?


Wasiat Raja-Raja Melayu.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

* Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)..

Baca pula yang ini -

Wasiat Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Kenapa Puak-puak "sebelah sana" nak kecoh sangat dengan wasiat dekat atas tu sedangkan wasiat yang dekat bawah tu pulak dibuat-buat lupa...

Mana lebih penting..? "Bangsa" atau "Agama"..?

Tepuk dada... tanya Iman...

Isnin, 29 Mac 2010

Hukum-Hakam Berkenaan Buang Bayi


8 Rabiulakhir 1431H.
oleh : Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
http://badongosearch.com/searchimages.php?search=buang%20bayi


Isu buang bayi yang semakin menular hari ini, kononnya mendapat perhatian sesetengah pihak. Namun, ia tidak seperti yang diwar-warkan. Ia hanyalah gimik semata-mata. Ia berdasarkan beberapa bukti :
1. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu penzinaan tidak pula dilihat.
2. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu pembunuhan manusia tidak diselesaikan dengan cara Islam.
3. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan undang-undang Islam masih lagi diketepikan.
4. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan institusi pelacuran masih hidup
5. Dan banyak lagi.
Di dalam artikel ini, suka untuk saya ketengahkan tentang pengharaman buang bayi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Antara yang boleh dijelaskan di sini ialah :
1. Penzinaan atau pelacuran diharamkan oleh Islam
2. Kes penzinaan tidak diselesaikan dengan undang-undang Islam
3. Undang-undang Islam ditolak
4. Pusat-pusat pelacuran underground masih berkembang biak
5. Pembuangan bayi terhasil daripada amalan-amalan haram yang disebutkan ini
Sebelum Buang Bayi...
1. Penzinaan atau pelacuran yang diharamkan oleh Islam, semakin berleluasa.
a. Islam mengharamkan zina dengan dalil yang jelas di dalam al Quran, Surah al Isra, ayat 32 :
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

b. Telah disebut di dalam ayat ini bahawa zina tersebut akan membawa kerosakan. Antara kerosakan yang dapat dilihat ialah “pembuangan bayi” yang terjadi hari ini. Maka, Islam melarang sebarang kerosakan, tetapi sekular mempromosikan “zina” melalui serangan pemikiran sekularisme ( Mahyuddin Mokthar, Intisari Diskusi Buku Kenapa Kita Menolak Sekularisme, terbitan Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM, ms 2 )
c. Kajian Nationwide telah menyiarkan statistik pada 2006, menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke 63, bilangan pengidap Aids yang teramai. Disebut bahawa pengidap Aids di Malaysia seramai 52 000 orang. Sepertimana yang kita ketahui, faktor terbesar Aids ialah disebabkan “zina”.

2. Kes Penzinaan tidak diselesaikan dengan cara Islam
a. Islam menggariskan bahawa hukuman bagi penzina terbahagi kepada dua jenis, iaitu samada sudah berkahwin, atau belum berkahwin. Orang yang berkahwin dikenakan hukuman rejam sehingga mati, manakala orang yang belum berkahwin dikenakan sebat sebanyak 100 kali, dan dibuang negeri. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 417-420 )
b. Maka, apabila zina tidak dapat diselesaikan melalui cara sekular, akan menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi yang berleluasa. Pemerintah sepatutnya bertanggungjawab dalam melaksanakan hukuman Islam bagi penzina. Pemerintah yang tidak melaksanakannya dianggap sebagai satu jenayah. Allah SWT berfirman
Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al Ma’idah : 44)
Di dalam ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan perkataan “fasiq”. Jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan.
c. Undang-undang sekular, menjatuhkan hukuman denda beberapa ribu ringgit, sebatan (tidak sama dengan cara Islam) dan sebagainya, yang tidak sesuai untuk membasmi kes penzinaan. Bahkan pihak mahkamah terikat dengan undang-undang ini, yang jelas bercanggah dengan Islam.

3. Undang-undang Islam ditolak
a. Antara perkara yang menyebabkan lagi pembuangan bayi, ialah penolakan terhadap undang-undang Islam. Lihatlah firman Allah SWT di dalam Surah al Maidah, ayat 44 yang telah disebutkan sebelum ini. Manusia hari ini inginkan keamanan, sedangkan mereka menolak undang-undang Allah.

Sesudah itu, patutkah mereka berpandukan lagi kepada undang-undang Jahiliyah? Siapakah yang lebih baik undang-undangnya berbanding undang-undang Allah, bagi mereka yang yakin? (Surah al Ma’idah : 50)
b. Undang-undang Islam bukan sahaja ditolak, bahkan dipersenda dan dihina. Sedangkan mereka mendakwa bahawa inginkan keamanan dan kesejahteraan. Mereka yang mempersenda undang-undang Allah boleh membatalkan akidahnya. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 466-467 )
Allah SWT berfirman
Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumnya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.(Surah al Baqarah : 187)
4. Pusat-pusat pelacuran underground
a. Pusat-pusat pelacuran yang masih lagi wujud di beberapa tempat yang sedia makruf, kurang dikenakan tindakan yang sewajarnya. Bapa-bapa ayam masih lagi beroperasi dan bebas menjalankan “perniagaan anak dara”. Pelacur-pelacur merasa seronok apabila mendapat habuan setiap malam, sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibinatangkan.

b. Kenapakah pusat pelacuran ini boleh berkembang biak walaupun telah digariskan undang-undang? Jawapannya ialah, undang-undang yang digariskan tersebut tidak selari dengan Islam. Firman Allah SWT :
Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (Surah al Baqarah : 229)
FirmanNya lagi
Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya (Surah al Baqarah : 30)
Mempersoalkan tentang buang anak, seharusnya melihat kepada pelaksanaan undang-undang Islam yang semakin hari dinafikan oleh pemerintah.

c. Menghapuskan pusat-pusat pelacuran bagi pemerintah adalah satu perkara yang wajib. Sekiranya ia tidak dilakukan, maka pemerintah tersebut akan menanggung dosa sehinggalah terlucut jawatannya. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 537-539 )

Pembuangan Bayi Terhasil Daripada Amalan-amalan Haram Ini
1. Sebelum ini telah disenaraikan beberapa perkara sebelum terhasilnya bayi yang terbuang. Kesemuanya adalah amalan haram, lalu menghasilkan anak haram, dan seterusnya berlakukan kes pembuangan bayi secara haram. Ia terhasil daripada perbuatan-perbuatan haram. Iaitu :

a. Penzinaan yang diharamkan
b. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam
c. Penzinaan tidak diselesaikan dengan cara Islam
d. Pusat pelacuran yang diharamkan berkembang pesat
2. Maka, pembuangan anak ini disebabkan beberapa punca, samada pemerintah dan perempuan yang berzina. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam, turut menerima dosa yang setimpal atas perbuatan mereka yang tidak melaksanakan undang-undang Islam.
3. Di dalam al Quran sudah menyebutkan bahawa zina itu akan membawa kerosakan, dan di antara kerosakan tersebut ialah jangkitan aids, pembuangan bayi, membunuh bayi dan banyak lagi. ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 8 ms 75 )
4. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam juga akan menimbulkan kerosakan dan kezaliman. Ini kerana mereka sendiri sudah dikatakan sebagai zalim. Perkara ini telah diakui oleh Allah SWT :
Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (Surah al Ma’idah : 44)
Dalil Pengharaman Buang Bayi
Hukum buang bayi diharamkan di dalam Islam. Berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :
1. Allah SWT berfirman di dalam Surah al An’am, ayat 151
Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
a. Daripada ayat ini, terdapat dua ayat yang menjelaskan tentang pengharamannya ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms450-451). Iaitu :
Pertama : Dilarang membunuh anak, kerana khuatirkan kemiskinan
Maka, apabila diharamkan membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, apatah lagi sekiranya membunuh anak tanpa sebab, dengan membuang anak contohnya.
Kedua : Dilarang daripada menghampiri penzinaan
Iaitu larangan daripada menghampiri kejahatan atau penzinaan. Samada secara terang-terangan, ataupun secara sembunyi.
Ketiga : Dilarang daripada membunuh jiwa
Iaitu larangan membunuh jiwa. Samada anak sendiri, atau sesiapa sahaja. Buang anak adalah salah satu bentuk pembunuhan yang diharamkan.
b. Ayat-ayat di atas saling berkaitan di antara satu sama lain. Pada mulanya disebut tentang larangan membunuh anak, kemudian ayat melarang penzinaan, dan disusuli pula dengan larangan membunuh jiwa.
2. Allah SWT berfirman di dalam Surah al Isra’, ayat 31-33
Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

a. Ayat di dalam Surah al Isra ini berkaitan dengan ayat sebelumnya, iaitu bermula daripada ayat 22 sehingga 33. Kesemuanya menceritakan tentang dosa-dosa besar.
b. Membunuh anak khuatirkan kefakiran di antara dosa-dosa besar. Apatah lagi membunuh anak disebabkan alasan yang lebih ringan daripada itu. Ia juga berdasarkan hadis Nabi SAW yang akan disebutkan selepas ini. ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 8 ms 73-74 )
3. Hadis Nabi SAW
Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW : Apakah dosa yang paling besar? Baginda SA menjawab : Sekiranya kamu menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi : Kemudian? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran kamu.
( Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, cet. Mu’assasah ar Risalah bah. 10, ms 263 no. 4415 / Imam Bukhari, Shahih Bukhari bah. 13, ms 394 no. 4117 / ibid. bah. 14, ms 420 no. 4389 dan banyak lagi )
a. Jelas di dalam hadis ini, larangan membunuh anak, dan ia di antara dosa yang besar, yang tersenarai. Apatah lagi membunuh anak tanpa sebarang alasan, dan anak tersebut hasil daripada penzinaan.
b. Maka, berzina adalah dosa besar, kemudian anak hasil penzinaan tersebut dibuang. Ini juga merupakan dosa yang besar. Maka, terdapat dua dosa besar yang ditanggung oleh penzina yang membuang anaknya.
Kesimpulan
1. Maqasid syariah (tujuan pensyariatan) menjaga 5 perkara, iaitu Agama, jiwa (maruah atau nyawa), harta, akal dan keturunan. ( Dr Jamaluddin Atiah, Nahwa Taf’il Maqasid asy Syariah, cet. pertama 1422, Darul Fikr, fasal 1, bah. 2, ms 28 - 48 )
a. Penzinaan akan merosakkan Agama, jiwa dan keturunan, sedangkan Islam menjaga perkara-perkara tersebut dengan mengharamkan penzinaan dan menghalalkan perkahwinan.
b. Pembunuhan akan merosakkan jiwa, harta dan keturunan. Sedangkan Islam menjaga kesemuanya dengan mengharamkan pembunuhan, melainkan berperang untuk menegakkan kebenaran.
c. Buang anak yang merosakkan jiwa, keturunan, Agama, sedangkan Islam menjaga perkara tersebut dengan mengharamkan buang anak.
2. Tiada sebarang alasan untuk membolehkan buang anak. Walaupun ada yang beralasan dengan alasan-alasan berikut :
a. Tiada duit untuk sara hidup, maka terpaksa membuang anak kerana keperluan peribadi.
Ia telah dijawab oleh Allah SWT di dalam ayat sebelum ini ( Surah al An’am : 151, Surah al Isra : 32 dan hadis-hadis Shahih ). Iaitu rezeki itu adalah milik Allah. Bukan disebabkan anak. Bahkan di dalam ayat tersebut juga menjawab bahawa anak itu adalah rezeki yang sebenar.
b. Menjaga maruah keluarga, sekiranya anak tersebut diketahui orang.
Menjaga maruah keluarga bukanlah dengan berzina kemudian membuang anak. Tetapi menjaga maruah ialah dengan menghindarkan diri daripada lembah penzinaan. Seseorang yang “bekerja sebagai pelacur, tidak pernah merasa maruahnya tercalar. Tetapi apabila sudah melahirkan anak, mereka mula khuatir tentang maruah mereka.

(Penulis adalah Mahasiswa Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah,Universiti al Azhar)

Air Mata Keinsafan


Email : mohd naim mohd zain

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Selasa, 23 Mac 2010

Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM

http://chegubard.blogspot.com

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Harakahdaily.net/-

funny-111

Isnin, 22 Mac 2010

7 TEKNIK SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA


Dikirim dalam, Kitab Minhajul Abidin, Wasiat Imam Al-Ghazali
  1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah SWT.
  2. Syaitan memujuk manusia supaya tidak mentaati Allah SWT.
  3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan supaya berpeluang melakukan amalan kebaikan yang lain pula.
  4. Kemudian syaitan menyuruh manusia supaya menjalankan amalan  baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.
  5. Setelah itu, syaitan membisikkkan pujian kepada orang yang beramal kerana akan mendapat darjat yang tinggi, cerdik adalam mengurus kehidupan dan telah mencapai kesempurnaan dalam hidup.
  6. jika gagal, syaitan akan memasukkan sedikit perasaan riak atau takabbur.
  7. Jika gagal maka syaitan akan membisikkan, bahawa janganlah kamu menyusahkan diri kamu dalam beribadat, kerana Allah telah menetapkan kamu bahagia semenjak azali lagi, maka jika meninggalkan ibadat pun kamu tetap akan hidup dalam bahagia. Jika kamu banyak beribadat sedangkan Allah telah menetapkan kehidupan kamu celaka, maka hidup kamu akan celaka kerana Allah Maha Berkuasa dalam semua perkara..
Minhajul Abidin . M/S: 141.

Selasa, 16 Mac 2010

Konsep Asas Komputer

Buta komputer pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 1960-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi, Pengusdaan ilmu dalam bidang komputer atau teknilogi maklumat merupakan satu kemestian dalam zaman era kemajuan, pembangunan dan pemodenanini. Komputer juga secara umumnya dianggap sebagai suatau lambang permodenan dan pembangunan sesebuah negara. Ini adalah kerana komputer memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran, kemanusian, pendidikan dan apatah lagi dalam bidang pertahanan sebuah negara dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama ada secara sedar mahupun tidak sedar pastinya akan berurusan dengan teknologi komputer setiap hari dan sedikit sebanyak mereka harus sekurang-kurangnya mengenali apakah komputer itu sebenarnya.

http://www.squidoo.com/komputer_melayu

Ahad, 7 Februari 2010

Perhimpunan MP Bersama Veteran ATM Perak

Ipoh 6 Feb . Satu Majlis Perhimpunan Menteri Pertahanan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi bersama veteran ATM Negeri Perak yang diadakan di Dewan Bangquet bangunan SUK Perak. Kehadiran veteran ATM amat membanggakan. Semasa berucap beliau menyatakan Satu akta veteran akan diujudkan dan dijangka mendapat kelulusan kabinet pada Mac depan. Akta tersebut diujudkan bagi menjaga kebajikan seluruh anggota serta keluarga veteran ATM. Antara yang disebut bantuan sara hidup bagi anggota ATM yang menamatkan perkhidmatan kurang dari 21 tahun yang  tanpa berpencen, ini bergantung kepada peruntukan kewangan kerajaan. Beliau juga melontarkan ucpanya akan mengeluarkan arahan kepada semua pemerintah unit-unit Kem ATM supaya semua tender pembaagunan dan perolehan diberi kepada usahawan ATM sendiri dengan tidak membabitkan usahawan luar. Beliau juga akan berusaha supaya kerajaan negeri memperuntukan Lot-lot tanah perumahan khas untuk anggota veteran ATM. Buat permulaan kerajaan negeri perak pada dasarnya telah bersetuju untuk melulusan 7000 lot tanah perumahan tersebut seluruh Negeri Perak. Dimajlis tersebut beliau telah menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan, bantuan IPTA,  kepada anak-anak veteran ATM yang layak.  Batuaan peralatan pesakit dan bantuan sara hidup, serta beliau juga  turut menyampaikan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada anggota veteran ATM.

Rabu, 20 Januari 2010

PELUANG PERNIAGAAN BAGI VETERAN ATM

PERNAMA telah menandatangani memorandum (MoU) dengan 7-Eleven Malaysia Bhd. bagi menyediakan peluang perniagaan peruncitan (Retail Services) kepada Veteran ATM dan keluarga di seluruh negara. Mereka yang berminat untuk menceburkan diri akan dipilih oleh Pengurusan PERNAMA bersama dengan sokongan daripada PERHEBAT dan JHEV untuk mengikuti Latihan Sambil Kerja selama 3 bulan. Setelah tamat latihan mereka diberi peluang untuk bekerja sebagai Pengurus Stor di 7-Eleven atau memilih untuk menguruskan kedai 7-Eleven yang sedia ada sebagai franchisee. Kepada yang memilih untuk menjadi franchisee, mereka perlu menyumbangkan modal bagi memulakan perniagaan. Bagi menentukan setiap peserta dapat menjalankan peruncitan ini dengan teratur, PERNAMA akan membantu mereka mendapatkan
stok permulaan. Peluang ini juga adalah salah satu tanggungjawab sosial PERNAMA bagi Veteran ATM
dan ianya juga merupakan pilihan yang menarik sebagai kerjaya kedua selepas tamat perkhidmatan. Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi Pengurusan PERNAMA seperti berikut:
En. Mohd Zaini b. Khalid
No. Tel : 03-33410572
E-mel : zaini@pernama.com



PERBEZAAN JHEV DAN PBTM


JHEV 

(JABATAN HALEHWAL VETERAN)

1. Jabatan kerajaan yang dikendalikanoleh kakitangan kerajaan (awam
dan tentera) yang masih berkhidmat.
2. Kos operasi ditanggung oleh
kerajaan dan memliliki sumber
berkaitan.
3. Terikat dengan peraturan dan
undang-undang semasa kerajaan.
4. Melaksanakan program Jabatan
bagi kepentingan Veteran ATM.
5. Tidak perlu mendaftar keahlian dan
tiada yuran dikenakan kerana
secara automatik semua Veteran
ATM adalah pelanggan JHEV.
Memberi perkhidmatan berikut:
• Pembayaran Faedah Persaraan.
• Kemudahan rawatan dan
perubatan.
• Mengeluarkan Kad Bekas
Tentera (KBT).
• Bantuan Persekolahan.
• Bantuan ke IPTA.
• Bantuan Peralatan Pesakit.
• Bantuan Bencana Alam.
• Bantuan Sara Hidup.
Peranan Yayasan Veteran ATM adalah
seperti berikut:
• Sumbangan Khairat Kematian.
• Sumbangan Perayaan.
• Bantuan Persekolahan.



PBTM  
( PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA )

1. Sebuah Badan Bukan Kerajaan
(NGO) yang ditubuhkan atas
dasar untuk menjaga kebajikan
bekas tentera Malaysia.
2. Kos Operasi di tanggung oleh
ahli-ahli PBTM.
3. Perlu mendaftar sebagai ahli
persatuan .
4. Setiap ahli dikenakan yuran.
5. Mengadakan Mesyuarat
Tahunan.
6. Mempunyai Piagam Persatuan
sebagai garis panduan
perjalanan persatuan.
7. Berperanan membantu
menyalurkan sumbangan khairat
kematian yang dikeluarkan oleh
Yayasan Veteran ATM dari
semasa ke semasa.

http://www.jhev.gov.my 





MAKLUMAN - JADUAL BAYARAN PENCEN BAGI TAHUN 2010

MAKLUMAN - JADUAL BAYARAN PENCEN BAGI TAHUN 2010


BULAN
TARIKH
Januari
21.01.2010 (KHAMIS)
Februari
05.02.2010 (JUMAAT)
Mac
19.03.2010 (ISNIN)
April
21.04.2010 (RABU)
Mei
21.05.2010 (JUMAAT)
Jun
21.06.2010 (ISNIN)
Julai
21.07.2010 (RABU)
Ogos
20.08.2010 (JUMAAT)
September
21.09.2010 (SELASA)
Oktober
21.10.2010 (KHAMIS)
November
09.11.2010 (SELASA)
Disember
17.12.2010 (JUMAAT)


Jumaat, 8 Januari 2010

PENERIMA PENCEN ATM DIMINTA KEMASKINI ALAMAT TEMPAT TINGGAL TERKINI

PENERIMA PENCEN ATM DIMINTA KEMASKINI ALAMAT TEMPAT TINGGAL TERKINI
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) sedang mengemaskini data penerima pencen ATM. Oleh yang demikian, semua penerima pencen ATM (termasuk balu, ibubapa dan penerima pencen bulanan) dikehendaki memajukan alamat terkini ke jabatan ini dengan mengisi borang seperti tertera (Borang boleh diperolehi di pejabat JHEV negeri berhampiran tempat tinggal).
Adalah menjadi tanggungjawab setiap penerima pencen untuk memaklumkan alamat tempat tinggalnya yang terkini jika berlaku perubahan, bagi membolehkan jabatan ini menyampaikan sebarang maklumat seperti penghantaran Buletin JHEV dan penyata pencen.
Veteran adalah diminta menghebahkan kepada semua penerima pencen ATM termasuk balu/duda yang telah terhenti pencen kerana berkahwin semula.
Borang yang telah diisi hendaklah di hantar ke alamat berikut:
BAHAGIAN PENCEN
JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
TINGKAT 8, MENARA TH PERDANA
1001, JALAN SULTAN ISMAIL
50250 KUALA LUMPUR
Sila klik di sini untuk muat turun borang

Rabu, 6 Januari 2010

Pertemuan Orang Lama

Manjung - 19 Dis 2009, Satu pertemuaan di kalangan skod 129 tediri daripada 22 anggota yang hadir dari seluruh malaysia boleh dikatakan... Pertemuan bermula di majlis kenduri perkahwinan anak gadis En.Abdul Manan Bin Mohamad di Taman Desa Bayu, susulan dari situ satu majlis makan malam telah diadakan di Restoran makanan Laut De'Muara berhampiran bandar Lumut. Kehadiran pada malam itu 50 orang termasuk keluarga masing-masing. Mereka adalah seperti berikut :
Ali Bin Mohamad (806847) 016-7736847, Ibrahim Bin Ali (806849) 016-6653534, Sharif bin Sungip (806875), Mustafa bin Yamin (806864) 012-5129275, Mohd Yunus bin Affandi (806971), Sham bin Mansur (806957) 019-5748946, Mohd Isa bin Hamzah (806945) 012-5063183, Rosli bin Udin (807010), Adnan bin Abd Rahman (807017), A.Manan bin Mohammad (806926) 013-5215912 , Salleh bin Saidi (806981), Safar bin Ali Mohamad (806923), Sobri bin Romli (807022), Mohd Fauzi bin Bakar (806903) 017-4678835, Ahmad bin Mohd Ganti (806890), Mohd Nadzrin bin Jamaluddin (807026). yang tidak dapat hadir pada malam tersebut adalah : Ahmad Rasidi bin Endut (806863), Thamil Selvan a/l Thangasamy (807029), Mohd Azahari bin Harun (806922), Tuan Ali bin Tuan Hussin (806938). Diharap pertemuan ini tidak terhenti setakat ini semuga semua pihak yang melawati blog ini supaya memberi kerjasama untuk memberi maklumat terkini kedudukan masing-masing. Diharapkan kerjasama tuan-tuan akan mengiratkan kembali hubungan sesama kita.